Thursday 18 December 2014

Kemalangan Pertama yang Paling Teruk di Nilai

Assalamualaikum semua...sekarang jam menunjukkan 3.05 pagi. Bukan tak boleh tidur, tapi terjaga sebab Faeezah merengek-rengek. Akhirnya aku beralih dan dia dapat bergolek baru dia diam dan sambung lena. Kejadian petang semalam masih jelas lagi di kotak fikiran ku. Badan masih terasa menggigil. Terkejut masih tidak hilang. Masih diulang tayang. Akhirnya aku melepaskan nafas yang agak berat di hujungnya. Tuhan sedang menguji ku.

Petang semalam, jam 1800 terus thumb print untuk pulang. Bos tiada dah pulang lebih awal. Ada hal gamaknya. Terus saja menuju ke kereta tanpa berlengah. Jarang ku berlengah-lengah untuk pulang. Tambah lagi perjalanan dari Nilai 2 ke Bandar Baru Bangi seksyen 7 rumahku bukannya dekat, hampir 45 minit juga. Tambah lagi Faizal outstation, jadi Faeezah aku la kena jemput dari rumah pengasuh. 

Sudah menjadi rutin, balik kerja mesti telefon Faizal. Usai bercakap tak sampai 3 minit aku teruskan perjalanan pulang ke rumah ikut jalan belakang melalui nilai 3. Jalan yang setiap hari ku lalui. Jalan yang aku dah expert yang memang dah tahu di mana lubangnya. Dah hari-hari lalu jalan yang sama kan? Kadangkala saja ikut highway. 

Perjalanan lancar saja, kereta pun semakin banyak. Lepas melalui satu selekoh, terus jalan lurus saja. Entah kenapa di satu simpang tu, aku dah nampak ada kereta Perodua Kelisa nak keluar simpang tu tapi tak bagi signal pun. Aku tak kisah sangat sebab aku boleh nampak dia. Tapi yang peliknya dia tetap keluar dari simpang tu sedangkan aku sedang laju terus di jalan utama tersebut. Aku hanya sempat brek mengejut dan membunyikan hon sekuat mungkin tetapi tak sempat mengelak sebab aku sendiri berada di lorong kanan. BAMMMM!!! Bunyi hentaman memang kuat sampai dengar ke dalam kilang sebelah jalan utama tu.

Keadaan keretaku selepas kemalangan

Kalau aku mengelak ke kanan bertembung pula dengan kereta yang melawan arus dengan ku. Kalau pusing ke kiri mungkin driver kereta tu lagi parah kot. Tambah lagi di atas faktor jalan raya berpasir dan berbatu membuatkan brek emergency ku tak sempat menghentikan kereta ku dari bertembung dengan keretanya. 

Bila dah accident tu pandai-pandailah kita nak ketepi sendirikan. Aku siap parking tepi jalan and tunggu dia ketepi juga. Boleh pula dia terkial-kial kat tengah jalan tu nak reverse nak pusing la..kau pusing stereng tu terus ke tepi terus kan senang? Nak kena langgar dengan lori yang lagi laju dari aku gamaknya dia ni. Situ kawasan kilang, memang banyak lori dan bas. Lama juga aku tunggu. Dekat 5 minit kot. Masa tu dah call Faizal bagitahu yang aku dah accident. Dia tengah buat kerja so suara dia macam tak fokus sangat.

Kereta yang bertembung dengan keretaku

Bila kereta kelisa tu dah siap ketepi, aku terus jumpa driver dia. Lelaki Cina. Perwatakan nerd. Aku terus hentam dia. Aku tanya kenapa you tak berhenti dekat simpang? Main keluar macam tu saja? Boleh plak dia kata tak nampak kereta aku. A,hello. Tak cukup ke power spek tu? Aku pun pakai spek mata la.. Lepas tu dia cakap kenapa you tak brek? You dah nampak i kat simpang you should brek. Ehhh??? I kat jalan besar kot..jalan utama so jalan I la..why should I yang brek? In fact, memang I yang brek mengejut and siap hon you tapi you yang terus keluar. Balas aku. Tapi kami cakap macam biasa saja. Aku cakap dengan nada yang tegas. Jangan ingat aku seorang perempuan drive seorang diri nak ambil kesempatan plak. Tapi dia pun tak banyak cakap, tak melawan sangat pun.

Aku rasa kalau aku tak brek mengejut tu mam*** juga driver kelisa ni kena hentam dengan kereta aku. Masa tu aku dah malas nak layan dia. Yang Faizal plak asyik keep calling tanya macam-macam. Dah la ni 1st time aku accident, dia pun 1st time juga. Ada juga la yang berhenti tepi tengok-tengok juga. Semua pun cakap salah driver kelisa tu. Aku cuma cakap senang, kita balai itu cerita. Kena buat report gak sebab nak claim insurans. Aku awal-awal dah cakap dengan dia, guna insurance dia untuk repair kereta aku. Pedulik hape aku... Dah la kereta kelisa tu atas nama abang dia. Ade aku kesah? Yang kereta aku ni hasil titik peluh aku sendiri sejak kerja tahun 2010 okehh...tahun depan dah nak habis bayar dah pun.

Since Faizal takde, so aku call kawan baik aku. Nasib baik dekat je dengan rumah dia and dia pun dah balik kerja. Aku call dia pun sebab tunang dia pun duduk area tu jugak. And Faizal pun kenal dorang so senang sikit. Kena ada orang lelaki juga handle benda macam ni. Nak call budak lab macam malas aje nak libatkan dorang. Dalam pada tu, dah decide untuk buat report kat balai semua. Kereta aku kena tarik masuk bengkel, tak boleh jalan dah sebab radiator dah pecah. 

Stresssss!!! Dah la banyak duit nak pakai bulan ni. Renovation rumah lagi... memang la claim insurans tapi stress la!! Nak pegi kerja camne nih kereta dah kena masuk bengkel? Ahhh sudah... Faizal kerja kat KL, berlawan arah dengan aku. Satu hal plak nak fikir pasal hal ni. Huhu... Dah la takde sape yang ulang-alik dari Bangi ke Nilai macam aku. 

Nasib baik ada juga kawan-kawan yang tolong ada sama kat situ. Dah pukul 7 lebih tu aku cakap aku pergi buat report kat balai dulu. Yang driver kelisa tu tunggu kakak dia datang dulu katanya. So tape la. Aku pergi dulu, kalau tunggu dia tak tahu la pukul berapa nak selesai. Balai polis Nilai ni kecik je, dengan ruang parking tak berapa nak ada. Yang lagi buat tambah stress, kena fotostat IC dengan lesen sendiri. Dorang tade mesin fotostat. Apakah??? Kesiannn... Jenuh aku mencari kedai yang ada mesin fotostat, dah la kedai banyak yang dah tutup. Kalau nak buat report tengah malam acane tu? Aiyoooo~~

Selesai juga sesi interview untuk buat report tu. Malas nak cerita panjang. Jalan cerita sama je macam kat atas ni. Encik polis pun angguk-angguk je aku cerita. Lepas tu dia kata jangan risau, orang ni takkan terlepas. Salah dia la keluar simpang tak tengok kiri kanan dulu. Aku angguk saja dengar. Tak kisah yang penting aku nak claim insurans dia jugak. Tak kira! Aku cari sampai dapat gak nanti kalau dia tak nak bayar. 

Balik tu kawan aku hantar sampai ke rumah. Terima kasih beb. Nasib baik dia ada. Balik tu terus pegi amik Faeezah. Dah call awal-awal kata ambil lambat. Bercerita kejap plak dekat depan pintu. Haha... Kesian Faeezah.... Tak terdaya rasanya aku malam ni. Nak melayan dia lagi...dengan pening lagi. Nasib baik Faizal balik hari ni. Boleh la pegi tengok kereta kat bengkel terus and pegi klinik. Takde luka apa pun cuma emosi saja terganggu sekarang. Nasib baik hari-hari memang ambil B-Complex. Huhuhu...

Pengajaran juga buat aku dan dia. Mungkin lepas ni aku balik ikut highway saja senang. Sabar sajalah. Mau sebulan gak kereta kena tahan dalam bengkel ni. Huuuu~~~ 

8 comments:

  1. Adoi... Allah nk uji dila ... Sabar ye,... Syukur sngt dila ok..xde pape..... Take care dear.... Bnyak kn rehat. Perlu pertolongan pape do wasp mami k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak.. so far dila ok jer.. cuma emosi saja yang terganggu..

      Delete
  2. mujur la awk pndi protect diri jugak.mmg kena berkeras tu.kena check btl2 dia guna insurans dia ke x..nt x pasal2 awk kena tanggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lar..dia kata ada problem dengan insurans dia ke ape tah tapi dah cakap tak kira, claim guna insurans dia jugak nanti..

      Delete
  3. nasib baik akak xde ape2.. memang dye salah pun.. kena pastikan guna insurans dye k.. perkara cmnie memang buat emo terlebih2.. lagi2 accident cmnie.. seriau dengar akak dila cerita..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik betul... sebab memang dah tak boleh elak da pun dik.. haha entri penuh emosi memang macam ni...

      Delete
  4. tak sukanya bila dgr xcdent mcm ni. sy lagi la x pandai pertahankan diri. mmg sedap la kena bantai kalau sy kat tmpat akk. sekurangnya xde cedera kan.

    oh myy.. takut nak ambil lesen ni. takut nak bawa kereta sebab kalau kita hati2 pun, org lain yg cuai ttap mangsanya kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena yakin yang kita tak bersalah..itu saja. Hehehe.. eh jangan la takut amik lesen plak. Dapat lesen dulu baru takut. Hehe.. itu la risiko nya kat jalanraya ni..dah nasib kot.

      Delete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^