Saturday 20 December 2014

Kereta Auto VS Kereta Manual

Assalamualaikum semua. Semalam saya dah mula bekerja, selepas tragedi kemalangan kereta saya terpaksa di tahan di 'hospital' untuk menerima rawatan lanjut. Masuk ICU juga la. Tadi dah submit dokumen semua untuk claim insurans. Kemungkinan besar akan ambil masa sebulan untuk setelkan insurans tu. Huhuhu.. buat sementara ni pinjam kereta Faizal dulu, yang merupakan kereta Myvi 1st edition manual. Hahaha.. Nasib baik bini dia ni reti lagi bawa manual. Kalau kereta dia saya berani la nak bawak sendiri. Kalau kereta orang lain belum tentu lagi sebab nak kena biasakan dengan timing clutch dia.

Model pertama Myvi

Memandangkan kereta dia pun dah berusia 6 tahun, clutch dia agak keras. Patut la dia selalu mengadu sakit kaki, lenguh tekan clutch. Lagi mengadap jem nak keluar masuk KL hari-hari. Kalau outstation tak terasa sangat. Memang lately dia asyik bangkitkan isu nak beli kereta baru. Mungkinkah itu salah satu faktor kereta saya merajuk? Sebab selalu bincang masa dalam kereta saya. Hehehe... Saya cuma kata terserah pada dia. Yang penting ikut kemampuan diri. Ukur baju di badan sendiri. Saya tak nak la biar papa asal bergaya. Memandangkan keretanya manual, saya tak kisah la kalau dia nak tukar kereta dia. Jenuh juga mendengar keluhannya setiap hari.

Cuma sekarang ni dia masih tak buat keputusan pun. Kejap nak itu kejap nak ini. Kalau nak tolak pun memang tolak kereta dia yang manual ni la. Kalau nak tukar kereta saya dah takde value dah pun. Rugi jer kalau tolak. Lagipun tahun depan dah nak habis bayar dah. Bakal bebas dari hutang. Heee... Kereta dia masih ada nilai tinggi lagi.

KIA Cerato KX 1.6

Sekarang ni dia tengah serabut nak pilih. Sama ada Proton Preve, Perodua Alza, Nissan Almera atau KIA Cerato KX. Actually yang dia minat sangat KIA Cerato la tapi kami tak mampu kot. Hahaha... Nissan Almera cam okay gak cuma design belakang dia memang OUT. Hehehe... So either Preve atau Alza. 

Proton Preve Premium 1.6

Preve katanya high fuel consumption, kuat makan minyak plak. Tapi tengok la body dia pun berat and cc enjin dia besar. Ruang boot letak barang memang aku puas hati. Ruang dalam pun spacious juga. Design body memang lawa la. Spek yang lain okay je. Sekarang pun Proton buat promosi YES rebat RM8000 dan servis 3 tahun percuma. Tapi biasalah, orang kata standard Proton la kan... ada jer problem walaupun kereta baru. Orang Malaysia kan selalu pandang rendah barangan buatan Malaysia ni. Faizal ni selalu gak kondem kereta saya tapi dia gak yang selalu ke hulu ke hilir bawa kereta saya. Saya tade masalah pun dengan Proton. 

Perodua Alza SE 

Perodua Alza plak, well a type of MPV yang quite cool design. Design saya tade masalah. Cuma saya tak minat MPV sebab tade boot. Bukan tade cuma ruang dia kecik sangat kot melainkan lipat seat belakang sekali tu kan? Saya tak pasti fuel consumption Alza macam mana tapi abang ipar saya pakai Alza katanya jimat minyak juga. Entah ler..bila baca review ada yang kata jimat ada yang kata tak pun. Sekarang pun Perodua ada buat rebat RM2500. Harga Alza pun agak okay juga la..masih mampu lagi untuk kami. A family car memang sesuai la.

Bagi saya beli kereta ni sama macam nasib la. Kadang ada yang bertuah keretanya kurang bermasalah, tak kisah la jenama negara atau luar negara. Contoh macam Toyota ada je kes yang kena tarik balik kereta dorang dari pasaran atas sebab tidak menepati piawaian. Kereta dorang pun jenis yang high fuel consumption juga. Tak ada jauh bezanya pun dengan kereta buatan Malaysia pun.

Perasan tak kereta yang diminati mesti ada varian warna merah? Hahaha... sebab saya suka warna MERAH. Heee... Antara ciri kereta yang saya cari mestilah ada ruang boot yang luas, ruang kaki yang luas terutamanya di bahagian penumpang belakang, design yang sporty dan menarik. Fuel consumption saya tak nampak sangat sebab saya cuma guna kereta ulang-alik kerja saja. Semua kereta sama je bagi saya part fuel consumption ni. Bila jalan jauh lagi jimat, bila short distance lagi kuat makan minyak. Lagi-lagi kalau jenis mengharung jem memanjang. Kejap-kejap brek.

Kalau korang adalah pengguna model-model kereta di atas boleh la bagi pendapat kalian ye... nak tahu juga dari segi prospek korang sendiri. Thanks for sharing guys. ^_^

4 comments:

  1. ehh kebetulan. ana skg ni pon dok diskas dgn parents psl nak tukar kete lain. skrg ni ana guna pesona. ana ni mcm akak juga la kalo nk beli keta akan pilih yg bonet luas + ruang kaki yg spacious. bab fuel consumption ana x peduli sgt pon wlupon org lelaki sllunya pntingkan part tu eheeee

    hurmm memandangkan ana bujang lagi, mcm teringin nak amek MyVi yg baru kuar tu(kaler biru mcm Suprema S tu) tapi hurmm parents pulak kurang setuju =P

    tah la camna xtaula nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kita orang perempuan memang lebih pentingkan part bonet luas un ruang kaki tu kot. Rasanya senang nak letak koleksi kasut dalam kereta kot. Hehehe... yer la fuel consumption memang orang lelaki yg lebih pentingkan. Tapi kalau nak enjin power memang kuat makan minyak la..sanggup atau tak sanggup jer...

      Delete
  2. dan pesona ana yg skrg ni adalah manual. sbbnye ayah la jugak x bagi amek keta auto dulu sbb dia kata nti kalo ada emergency kena tetiba bwk keta manual haaaa camna? msti jd x reti kalo dah biasa dgn keta auto je eeeeheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye myvi ada keluar model baru lagi ke? Bergantung pada kemampuan ana...myvi boleh tahan juga harganya. Tambah sikit lagi dah boleh dapat Alza kot. Hehehe... Yelar since ana bujang lagi myvi memang sesuai la..tapi boot la x besar..heee...

      Delete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^