Monday 24 March 2014

INFO: antara UBAT, SUPPLEMEN dan AIR

Assalamualaikum semua...

Kat sini saya nak share pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang farmaseutikal nih. Mungkin kt luar ramai yg sangkakan ubat hospital adalah yg terbaik. Ade jugak yg jenis lagi suke mkn ubat dari mkn supplemen. Kat sini sy nk cuba bagi pendedahan kpd orang ramai tentang penggunaan dan kesan jangka panjang ubat-ubatan yg sememangnya kite tahu ianya tergolong dalam dangerous drug (dadah merbahaya!).


Ramai yg tahu terdapat pelbagai bentuk ubat (dosage form) yg korg bleh jumpa kt mana2 farmasi. Ada bentuk tablet, sirap, krim dan banyak lagi. Setiap ubat yg dihasilkan adalah mengikut guideline yang satu dunia guna iaitu pharmacopeia sama ada US, British, Japan etc. Dan setiap formula untuk ubat2 tersebut adalah CONFIDENTIAL~!! (so sy xleh nk cite kt cni yer...hehehe)

Job scope sy setiap hari, buat chemical n microbiological testing untuk setiap new product. Product means ubat2 baru yg formula baru. Since sy dalam R&D mmg banyak yg kena study bagi memastikan kualiti ubat kami menyerupai ubat rujukan kami. Dan sudah tentu kualiti ubat2 farmaseutikal ni x sama untuk setiap pengeluarnya. Perbezaan utama adalah dari segi raw material dia. Kualiti raw material yg akan menentukan kualiti dan keberkesanan ubat tersebut. Banyak ujian dan study yg perlu dilakukan bagi memastikan ubat-ubat tersebut memberi kesan yg sepatutnya.

Kebanyakan raw material yg digunakan adalah sintetik..iaitu yg dihasilkan secara kimia. Ubat-ubatan ini digunakan bagi merawat penyakit2 yg tertentu. Fungsi UBAT SINTETIK ini adalah untuk bertindak pada point yg spesifik. Contoh mcm ubat antimukolitik...ubat ni fungsi untuk cairkan kahak. Bahan kimia dalam ubat tersebut akan bertindak terus pada reseptor2 di bahagian salur pernafasan. Ini sebagai contoh sahaja yer...

Ubat-ubatan sintetik ini BERKESAN untuk MERAWAT secara langsung. Tapi kalau diambil secara berpanjangan, akan memberi kesan pada sistem tubuh anda. Badan kite ade sistem filtration (penapisan) tersendiri iaitu buah pinggang kite. Buah pinggang bertindak menapis segala toksin dalam darah kite. Apabila terlalu banyak ubat sintetik yg diambil, buah pinggang terpaksa bekerja keras menapis bahan2 tersebut untuk disingkirkan dari badan. Kat sini la air masak memainkan peranan PENTING!! Dgn minum air masak dgn banyak, lebih mudah buah pinggang menapis bahan2 toksin keluar dari badan. 

Fungsi buah pinggang

inilah dua PUNCA UTAMA kerosakan buah pinggang, iaitu pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan dan berpanjangan serta kurang minum air masak. Sekurang-kurangnya korg kena minum dalam 2-3 liter sehari. Kalau korg byk kali pergi toilet tu kre bagus lar...mksudnye buah pinggang korg ok lagi. Kesan ni saya dah nampak depan mata sy sndri. Arwah abah sy dulu sbb mkn ubat darah tinggi dri umur dia 30an last2 ade sakit jantung and sakit buah pinggang plak. Dah kena buat haemodialysis plak. Haemodialysis tu proses cuci darah guna mesin. Nih jadi sbb buah pinggang da x boleh brfungsi dgn baik. 

Same juga mcm pengambilan supplemen, korg kena minum air kosong dgn banyak. Sbb pengambilan supplemen ni akan mnyebabkan darah korg jd lebih pekat. So untuk melancarkan pengaliran darah korg kena minum air byk. Tapi ini la masalah utama org kite. Malas minum air kosong banyak. Sebab nti kena slalu pegi toilet...malas bwk botol air besar2. Mentaliti org zaman sekarang mmg gitu.

Drink plain water

Gambar ni tunjuk cara macam mane korg nk kire brape byk air kosong yg patut korg minum.  Kat sini ape yg sy nak tekankan sebenarnya adalah kepentingan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Lagi banyak lagi bagus! And kurangkan pengambilan ubat-ubatan sintetik. Hanya ambil bila benar2 perlu. Kalau takat sakit kepala sikit dah nak telan sebiji panadol. X payah lar gitu.. lebeh baik sapu minyak cap kapak skit pstu tido jer... lagi mudah kan? Easy tu kan mudah? Hehehe.. 

Memang sy syorkan pengambilan supplemen dlm diet seharian kite. Apakah FAKTOR UTAMA korg kena amik supplemen nih? Paling utama atas faktor pemakanan yg x seimbang. Cuba korg tgk hari2 korg makan ape? Nasi, lauk ayam n sayur? ke hari2 mkn fast food jer? kalau x hari2 pn skali seminggu? kalau x pun sebulan skali kn? senang cite tiap2 bulan la mesti ade makan gk fast food nih kan? 

Supplemen ni hanya MEMBANTU dan MENGGALAKKAN sesuatu proses dalam tubuh badan...bukannya MENYEMBUHKAN! Adalah salah untuk sesuatu supplemen tu menggunakan statement menyembuhkan or merawat. Kalau dah sakit tu mmg kena makan ubat hospital tu. Supplemen juga ade 2 jenis, sintetik atau semulajadi. Pilihlah yg semulajadi dan diperbuat daripada ekstrak alam. Bahan2 sintetik ini la yg menyebabkan buah pinggang cepat rosak. 

Supplemen hanya boleh membantu proses penyembuhan itu berlaku dgn lebih cepat etc. Supplemen juga membekalkan nutrien2 keperluan seharian yg korg xdpt melalui diet pemakanan korg. Supplemen perlu diambil secara konsisten..org kt istiqamah lar. Ianya bukannya makan sehari trus nmpk kesannya esok. And xboleh trlalu brgantung pd supplemen sahaja yer. 

Contoh nk tambahkn susu badan. Dgn amik supplemen, konsep asas penyusuan ibu jgn la lupe..kerapkan mengepam, kerapkn df baby, buat power pumping... N kalau nk kurangkan berat badan, kena la jaga amount pengambilan makanan, kena la buat workout... ini tidak! harap nk kurus tapi bersenam malas.. acane tu? Semuanya kena seiring dan sejalan...seindah bunga di taman. ehh? 

"YOU ARE WHAT YOU EAT" 

kalau korang rase korang gemuk, tgk ape korg makan.
kalau korang rase kulit korg x sihat, tgk ape korg makan.
kalau korg rase badan x bertenaga, tgk ape korg makan.

Semuanya berpunca dari MAKAN!

Itu saje dari sy... Penat dah membebel rasenye. Kalau ade sape2 yg nak tahu berkenaan ubat-ubatan lebih details korg bleh tnye mne2 ahli farmasi lar.. ini bukan bidang kepakaran sy. Saya cuma cerita dari pengalaman dan pengetahuan dari pekerjaan saya saje. Mungkin sy bukan org yg tepat untuk nasihatkan korg tapi amik la pengalaman sy sebagai satu info untuk anda. 

Sekiranya anda memerlukan KONSULTASI mengenai mana2 produk Shaklee, sila hubungi sy PENGEDAR SAH SHAKLEE anda: 


0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^