Tuesday, 25 March 2014

misteri kehilangan MH370 di Lautan Hindi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ini keadaan suram dan sedih menyelubungi seluruh rakyat Malaysia dan terutamanya ahli keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370. Malam td kte semua  telah dikejutkan dgn berita daripada PM kte sndri yg mengatakan pesawat MH370 dikatakn telah terhempas ke Lautan Hindi. Genap 17 hari misi pencarian MH370, genap juga pemergian sahabat satu sekolah sy semasa di MRSM Taiping yg telah pergi menghadap Ilahi pada tarikh yg sama pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar. Semoga kalian dapat memberikan sedekah al-Fatihah untuk arwah sahabat ku juga~

Pada saat itu, sy pasti semua rakyat yg sdg menonton laporan di kaca TV tersentap trmsuk sy. Terdiam. Sungguh pilu rasanya hati ini. Harapan untuk menemukan mereka kembali hampa. Apetah lagi kaum keluarga mereka yg terlibat. Tapi sy percaya yg pihak kerajaan telah berusaha sebaik mungkin dlm misi SAR MH370 ini. Jika sy berada di tempat mereka, sy juga akan berusaha sekeras mgkin. X tidur pn x apa... yg penting misi SAR harus diteruskan walaupun kenyataan telah dikeluarkan sehingga pesawat tersebut benar2 dijumpai!


Sidang tergempar oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung.
Dalam kenyataan ringkasnya, Najib berkata butiran terperinci akan diumumkan pada sidang media esok.
Tambahnya, maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan atas rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.
Najib juga memaklumkan bahawa anggota keluarga sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut.
"Bagi mereka, beberapa minggu yang lalu amat menyayat hati. Saya faham berita ini lebih sukar diterima. Saya menyeru pihak media menghormati privasi mereka, dan memberi mereka ruang menghadapi saat-saat sukar ini," kata Najib.
Ini antara petikan ucapan PM semasa sidang tergempar malam td. Wallahualam. Bagi ahli keluarga yg terlibat, tabahlah wahai kalian! Allah lebih menyayangi mereka. Mohon la pd Allah semoga dipermudahkan urusan pencarian mereka. Sekurang-kurangnya mereka ditemui dari berada di lautan yg sejuk itu. Ya Allah, Kau tabahkanlah dan kuatkanlah hati mereka untuk menerima khabar sedih ini. Ingatlah, setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. 

Mungkin mudah untuk sy katakan ini sbb tiada ahli keluarga sy yg terlibat dalam nahas ini, tetapi sebagai rakyat malaysia, saudara seagama sy juga turut merasakan impak dari kes ini. Sy yakin satu dunia turut mendoakan perkara yg sama untuk kalian. 


Serpihan yang berbentuk bulatan dan segi empat itu merupakan peninggalan pertama penerbangan MH370 yang ditemui setelah 17 hari usaha mencari dan menyelamat yang paling besar pernah diadakan untuk sebuah pesawat.
Misi pencarian pesawat MH370 merupakan yang paling lama dalam sejarah penerbangan awam moden.
Rekod tempoh pencarian sebelum ini adalah 10 hari iaitu dalam nahas Boeing 737-400 milik PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan Sulawesi pada 1 Januari, 2007. - 24 Mac, 2014.
Sy yakin, masih ada lagi pesawat MH370 di luar sana dan hanya menunggu untuk dijumpai. Atas kerjasama beberapa negara kuasa besar, sy amat berharap yg pesawat ini akan ditemui secepat mungkin. Sy taw ada yg mengutarakan pelbagai spekulasi tentang kes nahas ini, tapi x perlulah kite menambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mereka. Think before you say! Please respect their privacy.
Namun, misteri masih lagi menyelubungi kes nahas ni... Bagaimana pesawat tersebut boleh mghala ke Lautan Hindi, lautan yg paling menakutkan dan yg sememangnya keluar dari landasan perjalanan ke Beijing?

Related Posts:

  • 1st Giveaway By Dilakazuha: Happy Birthday, Mama ♥ Syarat-syarat penyertaan: 1. Follow blog saya (dilakazuha) 2. Like page FB saya (Mamamiashoppe) 3. Anda wajib bukan seorang pengedar atau AHLI Shaklee 4. Buat satu entri dengan tajuk "1st Giveaway by Dilakazuha" da… Read More
  • Kereta Auto VS Kereta Manual Assalamualaikum semua. Semalam saya dah mula bekerja, selepas tragedi kemalangan kereta saya terpaksa di tahan di 'hospital' untuk menerima rawatan lanjut. Masuk ICU juga la. Tadi dah submit dokumen semua untuk claim insuran… Read More
  • MH17: Tragedi di Bulan Ramadhan Assalamualaikum semua.. Satu dunia dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 yang bertolak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa seramai 298 termasuk 43 orang rakyat Malaysia dan 3 orang bayi yang terlibat di dalam nahas in… Read More
  • Happy 26th Birthday Ever ^_^ Assalamualaikum semua... Hari Sabtu yang lepas genap sudah usiaku 26 tahun. Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Pada usia yang muda ini saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel. Caturan per… Read More
  • Kemalangan Pertama yang Paling Teruk di Nilai Assalamualaikum semua...sekarang jam menunjukkan 3.05 pagi. Bukan tak boleh tidur, tapi terjaga sebab Faeezah merengek-rengek. Akhirnya aku beralih dan dia dapat bergolek baru dia diam dan sambung lena. Kejadian petang semal… Read More

0 comments:

Post a Comment

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^