Wednesday, 18 June 2014

Anemia: Bukan Saja Ibu Hamil

Assalamualaikum semua... Just nak share testimonial seorang sahabat yang baru saja disahkan hamil. Alhamdulillah... Baru melangsungkan perkahwinannya awal tahun ini. Satu ketika saya terbaca status update di facebooknya mengatakan yang Hb dia rendah and of cos kena 'basuh' la kan dengan misi kat klinik. Then, saya just komen kata yang dia kena banyak makan kerang, sayur berdaun hijau terutamanya bayam yang kaya dengan zat besi. Organ-organ dalaman tak makan katanya. Esoknya, dia pm saya kata dia makan kerang sakit perut pulak. Berkali-kali ke toilet. Pulakkk dahh.. Kemudian, saya perkenalkan dengan Vitalea, multivitamin yang diformulasikan bersama zat besi. 

testimonial-hb-vitalea
Testimonial Vitalea - Hb ibu hamil normal

Alhamdulillah, setelah mencubanya hampir sebulan bacaan Hb beliau sudah kembali normal. Gembiranya saya bila dapat membantu orang lain memperbaiki kesihatan mereka. Kini, dia tak risau lagi dengan Hb beliau. Malah, Vitalea tu pun hasben dia makan sama. Katanya rasa lebih bertenaga dan kurang letih lepas ambil Vitalea tu. Yelar hasben dia hari-hari ulang-alik kerja dari Sepang ke Subang, naik motor jer plak tu. Jimat kan? Laki bini pun boleh kongsi sama-sama makan. Hehehe...

Nak tahu lebih banyak info vitalea? Klik saja di --> sini

Untuk ketahui lebih banyak produk shaklee untuk kehamilan, anda boleh klik --> sini

Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu juga Mengalami Anemia

Berbalik pada tajuk di atas, anemia bukan saja boleh dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Malah, ibu berpantang dan juga yang sedang menyusukan anak juga boleh menghidap anemia. Mungkin, ramai di kalangan golongan ibu-ibu ini tidak sedar yang mereka mengalami anemia. Antara simptom anemia adalah sering keletihan, tidak bertenaga dan cepat penat. Hal ini kerana sel darah merah dalam tubuh anda berkurangan kesan daripada proses bersalin yang telah dilalui. Oleh itu, ibu-ibu ini cepat merasa penat dan letih akibat kekurangan oksigen di dalam tubuh. 

Ibu Hamil, Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu Perlukan Lebih Zat Nutrisi

Pengambilan multivitamin adalah penting bagi tiga golongan ini bagi memenuhi zat nutrisi yang seimbang dalam diet seharian mereka. Bagi ibu hamil, sudah tentu memerlukan lebih lagi untuk perkembangan dan tumbesaran janin manakala ibu berpantang pula memerlukan lebih banyak zat untuk memulihkan tubuh dengan cepat selepas bersalin. Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga perlukan lebih zat nutrisi yang seimbang kerana penghasilan susu ibu bergantung pada tahap kesihatan si ibu. Memang fakta mengatakan walaupun ibu-ibu menyusu tidak mengamalkan supplemen atau berdiet ianya tidak memberi kesan pada kualiti dan komposisi susu ibu TETAPI ianya memberi impak pada kesihatan si ibu. Oleh itu, pengambilan supplemen adalah untuk menyokong kesihatan ibu, sebenarnya.

Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi, hubungi saya segera seperti berikut:

Page: Mama Mia Shoppe
Tel/SMS/Whatsapp/Wechat: 0178780310 / 0175598332
Email: dilakazuha@gmail.com



Related Posts:

  • PROMO bln Feb 2014... ^_^Assalamualaikum semua...berlalu sudah bln Januari. Sekejap je rase da msk bln feb kan? pejam celik pejam celik da msk bln feb... Bulan feb ni sy tekad xnak fikir sgt masalah2 negatif sy... Yg penting setiap masalah harus dise… Read More
  • ada apa dengan SET HAMIL SHAKLEE? Assalamualaikum... Alhamdulillah ramai betol kawan2 yg tengah pregnant sekarang...murah rezeki kamu semua. Ramai gk yg tanye, saya bile lagi nk tambah? hehehe.. bukan tak nak tambah tp bukan sekarang. In shaa Allah ade r… Read More
  • Persediaan Menunaikan Haji Untuk MamaAssalamualaikum semua... Lambat plak nk cite pasal ni... Huaaa komited sangat dengan kerja kat lab tu kan....Hari Khamis lepas (4 Sept) mama lapor diri kat Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya. Masa lapor diri pukul 1.30 pagi… Read More
  • Anemia: Bukan Saja Ibu Hamil Assalamualaikum semua... Just nak share testimonial seorang sahabat yang baru saja disahkan hamil. Alhamdulillah... Baru melangsungkan perkahwinannya awal tahun ini. Satu ketika saya terbaca status update di facebooknya meng… Read More
  • Atasi HB Rendah: Risiko Pendarahan Berlebihan Assalamualaikum semua. Mungkin selama ni kita fikir kenapa paras Hb amat dititikberatkan semasa hamil? Sedangkan sebelum hamil kita tak pernah tahu paras Hb kita normal atau tidak. Antara simptom utama paras Hb rendah adalah… Read More

2 comments:

  1. Anemia ni mmg selalu kena pd kaum ibu2 je ke?

    ReplyDelete
  2. Kak ismi ana, anemia ni tak semestinya kaum2 ibu saja..cuma kaum ibu ni lebih mudah mendapat anemia atas faktor2 di atas la. Orang lelaki pun boleh ada anemia, even kanak2 pun boleh kena disebabkan cara pemakanan yang tidak sihat.

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^