Friday 12 September 2014

Planning Hari Minggu

Assalamualaikum semua. Hehehe.. Hari minggu datang lagi. Selalu apa planning korang bila hari sabtu, ahad nih. Haaa... nih planning saya untuk hujung minggu nih. Ini planning saja ye..yang actual punya nanti saya buat entri lain. Hohoho...


Planning my weekend

Planning Hari Sabtu:

  • 7:00 pagi - siapkan sarapan, mudah dan ringkas. Semalam Faizal baru balik dari K.Terengganu, dia ada belikan keropok lekor. Goreng saja lar..tambah sarapan ESP untuk saya dan dia pula campuran ESP dan Cinch Shake Coklat. Cukup la tu... Mudah, cepat dan mengenyangkan. Resepi best --> sini
  • 9:00 pagi - misi mengemas rumah bermula. Biasanya Faizal yang akan vakum rumah, saya kena jaga Faeezah sebab dia takut dengan bunyi vakum yang kuat tu. Lepas tu baru saya mop lantai. Sambil tu kain baju dah siap masuk mesin dan basuh. 
  • 11:00 pagi - Sidai kain baju yang sudah dibasuh. Solat dhuha sekejap. 
  • 12:00 tengah hari - Masak untuk makan tengah hari. Biasanya Faizal tak nak makan tengah hari cepat sangat. 
  • 1:30 petang - tengok berita dan solat Zohor. Santai dan rehat sekejap. Lunch skali.
  • 3:00 petang - Nak pergi ZAWARA. Sebab kakak saya mintak tolong belikan dress untuk dia. Dress bawah nih lar yang akan release esok kat butik dan online pun ada jugak. Siap ada contest lagi. Klao nak join korang search jer 'zawara'. Model dia Anzalna and baru-baru ni Emma Maembong.
ZAWARA
  • 5:00 petang - Balik rumah angkat kain di jemuran. Faizal tak suka minum petang tapi selalunya saya akan bancuhkan teh juga. Berehat dan bersantai.
  • 7:00 malam - Solat maghrib dulu ya....
  • 8:00 malam - Siapkan makan malam. Faizal tak makan nasi waktu malam. Jaga badan katanya. Hahaha... Jadi masak hanya untuk saya. Mungkin masak spageti aglio olio saja. Senang.... Heee...
  • 9:00 malam - Nak kemas WARDROBE saya yang dah penuh...terutamanya koleksi tudung Aidijuma saya dan dress. 
  • 12:00 tengah malam - masuk tidur ler jawabnya.. Penat derr...

Planning Hari Ahad:

  • 8:00 pagi - Sarapan di luar, mungkin. Kalau tak pun beli nasi lemak jer kat Kak Ayu yang menjual kat bawah apartment kitorang nih.. Hujung minggu je makan nasi lemak. Kena kawal sikit. Hehehe...
  • 10:00 pagi - Pegi rumah kakak kat Sri Gombak, hantar kiriman dia la apa lagiii...
  • 12:00 tengah hari - Pegi rumah mertuaku di Sentul. Aktiviti WAJIB setiap minggu. Kalau tak bermalam sekalipun mesti datang juga.
  • 8:30 malam - Gerak pulang ke rumah di Bangi.
  • 9:30 malam - Sampai rumah. Lipat kain yang sudah dibasuh. Kemas beg anak dan gosok baju kerja. 
  • 11:30 malam - Masuk tidur zzzzzzz....

So, apa planning korang plak hujung minggu nih?

2 comments:

  1. Amboi, bizinye akak ana sorang ni. Huhu..Ana pulak time cuti hujung minggu la lepak rumah. Malas nak keluar. Kecuali kalau ade makan free. Ahaks!

    Btw, akak tolong turn off comment moderation tu ye. Nanti senang sikit nak komen. ^_^

    ReplyDelete
  2. Hehe hujung minggu je la akak bleh spend time dgn suami n anak Ana.. hari lain kerja n penat juga. Tp jarang juga keluar rumah pun..hehe.. owhh, okeh akk dah turn off dah. Nanti Ana try tengok eh ade lg x.. hehe tenkiu Ana ^^

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^