Sunday 7 September 2014

Supplemen Shaklee Punca Rahim Bengkak?

Assalamualaikum semua.... saya tahu tajuk saya mungkin akan timbulkan kontroversi tapi di sini ingin saya tegaskan yang saya akan menulis dan memberi pendapat secara neutral, iaitu tidak menyebelahi mana-mana belah pihak. Yup, walaupun saya juga merupakan salah seorang pengedar shaklee.

Pertama sekali, saya amat bersimpati dengan keadaan cikgu M (saya pasti korang tahu siapa kan?) selepas didiagnos oleh doktor. Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya rasa bersimpati atas keadaannya lebih-lebih lagi ianya penyakit wanita yang bahaya. Sedangkan dia mula ambil supplemen tersebut sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Bersabarlah dan tabahkan hati. Allah uji hambaNya kerana yakin hambaNya mampu menerima ujian tersebut.

Di sini saya juga ingin berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya mula ambil shaklee dengan sebotol alfalfa complex. Minggu kedua baru menampakkan kesan dengan pertambahan kuantiti susu yang dipam. Itu adalah kesan positifnya. Kesan negatif atau dengan kata lain kesan sampingan atau lebih tepat lagi "healing crisis", muka saya naik jerawat sedangkan muka saya dulu tak la banyak jerawat naik. Bila saya selidik, kaji dan tanya pengedar yang saya beli rupanya alfalfa ni berfungsi untuk detoksifikasi juga selain sebagai penggalak susu. Nampak sangat dalam badan banyak toksin. Hehehe... Cara penyelesaian terbaik adalah dengan minum air kosong melebihi 3 liter sehari. Seminggu dua kulit saya da ok balik da.

Kini, sudah setahun lapan bulan saya menyusukan Faeezah dan saya masih meneruskan pengambilan supplemen shaklee. Secara jujurnya, kuantiti susu yang dipam tidaklah semeriah dulu. Ya. Boleh kata susu saya sudah drop. Tapi saya tetap teruskan mengepam dan menyusu secara direct. Salah supplemen shaklee ke susu saya tak semeriah dulu? Tidak juga. Ada banyak faktor yang menjadi punca susu saya merudum. Antaranya, stress, kurang mengepam (atas faktor kerja banyak tak sempat pam), kurang minum air (tak sempat nak minum banyak kalau tengah buat testing) dan juga Faeezah da mula makan macam-macam. Dan, saya turut mengamalkan petua-petua menambah susu badan serta makanan sunnah seperti kurma dan kismis. Malah, Kitaran haid saya jadi tidak teratur dan panjang. Cycle saya jadi 40-50 hari dan setiap kali datang bulan saya akan alami senggugut. Sedangkan masa zaman anak dara saya tak pernah alami senggugut. Tapi saya tak risau memandangkan saya masih menyusukan Faeezah.

Secara tepatnya, kita kena kaji dahulu punca sebenar berlakunya sesuatu penyakit tersebut. Jangan terus serkap jarang, lagi-lagi kita mengambil pelbagai jenis makanan tambahan. Tak kisah la supplemen semulajadi, sintetik atau yang berasaskan makanan sunnah sekalipun. Bila berlaku percampuran bahan-bahan tersebut di dalam tubuh kita, kita tak tahu apa reaksi bahan tersebut dalam tubuh kita. Tak pernah ada kajian kan?

Rukun Islam dan Rukun Iman


Selain itu,  percayalah pada qada' dan qadar. Ini merupakan rukun Iman yang terakhir tapi mungkin yang paling berat untuk kita kan? Percayalah yang Allah telah menentukan semuanya di Loh Mahfuz, dari soal jodoh, anak, penyakit, AJAL semuanya Allah telah tentukan. Ingin saya kongsikan, makanlah apa jua supplemen pun jika Allah nak beri sakit tu memang akan sakit juga. Seorang rakan saya amalkan supplemen makanan sunnah semasa hamil pun keguguran pada usia kandungan 3 bulan juga. Ada dia salahkan supplemen tersebut? Tidak. Sedangkan supplemen tersebut claim sangat bagus untuk wanita hamil. Nampak? Di sinilah iman memainkan peranan. 

Saya doakan cikgu M akan terus tabah dan bersabar. Berdoa banyak-banyak semoga kesihatan cikgu pulih dengan cepat. Sebagai saudara seagama, saya yakin Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang memerlukan. In shaa Allah. Dan saya juga turut mendoakan kesihatan cikgu cepat pulih dan berjaya mendapat zuriat di kemudian hari. Berusaha dan berdoa. Kunci kejayaan umat Islam. 

Assalamualaikum. 

2 comments:

  1. sekadar pandangan, saya pun pernah kerja dalam bidang supplemen ni..badan kita tak sama.seelok-eloknya sebelum ambil apa-apa supplement dapatkan nasihat doktor dahulu.

    ReplyDelete
  2. Sal Bee Yah..saya juga setuju dengan pandangan awak. Supplemen bekerja bergantung pada keadaan individu tersebut. Tak semua orang sama. Kalau tak nak menanggung risiko besar, lebih baik dapatkan nasihat doktor dulu.

    Setiap orang adalah unik. ^^

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^