Monday 15 December 2014

9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum semua. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap panas kejap hujan. Tapi sebelah pantai timur dah sampai banjir jadinya. Huhu..bumi sudah makin tua. Manusia juga yang banyak melakukan  kerosakan pada bumi ni. Macam-macam penyakit pulak yang timbul sekarang ni. Tapi paling common batuk, selsema pakej sekali dengan kahak. Ini yang paling tak tahan. Kalau orang dewasa macam kita pun tak tahan apa tah lagi kalau baby kan... huuuu~~

Petua Menghilangkan Batuk Berkahak


Menyedut stim untuk melonggarkan kahak
  • Stim @ Wap panas - Yang ni adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda. *CAUTION: Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda. Sambil tu tepuk-tepuk belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.
Madu antara makanan sunnah Nabi
  • Madu - Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

Berkumur dengan air garam
  • Larutan air garam - kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah. Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.
Jus nenas segar
  • Nenas - buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.
Cili cayenne
  • Makanan bercili - Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.
Kunyit pasti ada di dalam setiap dapur rumah
  • Kunyit - Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.

  • Teh bunga Chamomile - Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan teh yang comel ^^. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda. 
Bawang putih tinggi kandungan sulfur
  • Bawang putih - Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong (mampu ke?? =_='')
Ambil air kosong banyak
  • Minum air kosong banyak - Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk clearkan kahak.
Selamat mencuba ye semua~ ^^

19 comments:

  1. errr..makanan bercili tu betoi ke? selama ni saya ingat makanan bercili menguatkan lagi batuk..

    ReplyDelete
  2. USE THE FORCE LUKE

    ReplyDelete
  3. kalau hingus yg keluar dri hidung tu dikira kahak jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pleaseeee saya sangat perkukan jawapannyaaa 😭😭😭

      Delete
    2. Hingus yang keluar dari hidung juga "secara teori" adalah lendir kahak cuma cara pembuangan lendur itu berbeza bergantung kepada setiap individu. Ini kerana pada asasnya kahak dan hingus datang dari sumber dan bahagian organ pernafasan yang sama.

      Delete
    3. Apa yang saya tahu, hingus yang tidak keluar melalui hidung akan terkumpul dibelakang tekak. Pengumpulan hingus ini menyebabkan terjadinya kahak.

      Delete
  4. Mkanan bercili tu mmg mujarab...salu makan pedas tiap kali batuk utk mengurangkan batuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la comei..petua untuk tegangkan otot muka dgn meratah cili atau cabai burung@cabai melaka..

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Banyak yg boleh kita amalkan utk sihat semulajadi...

    ReplyDelete
  6. Berdenyut kepala😭😭

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^