Tuesday, 20 May 2014

Resepi ESP Strawberry Chocolate Milkshake Lazat!!

Assalamualaikum semua~~!! Pagi-pagi lagi saya dah semangat nak share dengan anda semua resepi ni. Mungkin ramai yang dah cuba tapi saya nak jugak cerita pengalaman saya sendiri. Hahaha... Alkisahnya semalam balik kerja saya nampak satu beg plastik ni ada atas meja makan. Faizal kata Kak Ina (pengasuh Faeezah) bagi, so saya pun godek-godek la dalam beg plastik tu ada apa. Rupanya ada beberapa tongkol jagung, buah strawberi segar, keledek comel2 and keychain gambar strawberi. Rupanya famili kak Ina pergi bercuti Cameron Highland hujung miggu baru nih. Syiokkknyaaa~~~ sob3...

esp strawberi coklat
Faeezah suka sangat buah strawberi ^^

Bahan-bahan:

Buah strawberi segar (boleh juga digantikan dengan pisang) 
ESP (boleh juga dengan Cinch Shake untuk yang mahu kurus atau Meal Shake untuk anak)
= Susu segar perisa coklat 

resepi esp strawberi coklat
Resepi ESP strawberi coklat milkshake

Cara-caranya:

1. Buangkan tangkai buah strawberi dan basuh. Potong kepada 2 bahagian kecil, senang sikit nak blend nanti.
2. Masukkan kesemua bahan bersama buah strawberi yang dah dipotong ke dalam blender. ESP anda boleh masukkan 1 sudu besar. (Boleh juga dicampurkan dengan sesudu Cinch Shake atau Mealshake)
3. Blend sampai ESP dah betul-betul larut dan buah strawberi pun hancur. (Tapi saya suka ada buahnya lagi..chunky2 gitu. Sedaaapp!!!)
4. Tuangkan dan hidangkan. Potong sedikit buat strawberi sebagai hiasan. Jika ingin lebih sejuk, simpan dulu dalam peti ais selama 5 minit. 

esp dan cinch shake lazat
ESP + Cinch shake chocolate = strawberry chocolate milkshake

Haaa next time saya nak cuba plak resepi lain.. Lain kali saya akan share lagi dengan anda semua yer. Rezeki dapat buah strawberi dari Cameron Highland ni. Bukannya boleh simpan lama-lama nanti busuk plak. So baik saya jadikan minuman berkhasiat ni dengan buah strawberi tu. And, seriously memang kenyang betul saya rasa lepas minum milkshake ni. Alhamdulillah~ 


Mana yang belum cuba lagi, silakan mencuba. Anda pasti tidak menyesal. Yang mana nak cuba ESP, Cinch Shake atau Mealshake, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Selain itu, eksklusif untuk customer saya sahaja, resepi-resepi yang menarik lagi. ^_^

Your Trusted Shaklee Distributor
0178780310 / 0175598332

Related Posts:

  • Asid dan Gastrik Assalamualaikum...semoga semuanya ceria2 selalu yer..  mlm td sy tidur awal sbb penat wat testing siang tu. Semua pun tidur awal mlm td. Hehe... semlm byk sedut gas2 chemical asid. Mne x nye..diluent saye tu campuran gl… Read More
  • Shaklee: non GMO isolated soy protein ESP Assalamualaikum semua... first let us pray Alhamdulillah kerana Allah masih mmberi kte nyawa utk brnafas di muka bumi ini ya Allah. Okeh utk entri kali ni sy nk cite psl GMO and non GMO... Seperti yg sume da maklum, ESP … Read More
  • Penyusuan Susu Ibu Eksklusif: Tips Dari Ibu Berkerjaya Assalamualaikum semua...Alhamdulillah Faeezah semakin membesar dengan sihat. Gigi pun bertambah banyak dan makin berat juga. Semakin lenguh la mama nak dukung kamu yer Faeezah.. Setahun empat bulan perjalanan penyusuan susu … Read More
  • SET BAJET atau FULL SET : Milkbooster Assalamualaikum semua.. Hari ni just nk buat short entry kalau boleh... tapi jarang la dpt buat pendek2..xreti sbnrnya. Kalau da stat taip tu mule la nk panjang lebar cite dia. Hehehe... Ok2..fokus2... Yg mana satu piliha… Read More
  • Anjalkan Asetmu, Rapatkan Mahkotamu Assalamualaikum semua... Memang lumrah wanita, ingin sentiasa kelihatan cantik menawan. Lebih-lebih lagi bila bersama sang suami. Sebab tu wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk kelihatan cantik. Mau x panas … Read More

3 comments:

  1. Terima kasih share resepi. Nanti nak try buat. Hehe

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak ismi ana... in shaa Allah nti nak cuba resepi lain pula. Babah boleh vuba buat video jugak. Hehe

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^