Friday 19 September 2014

Tempat Makan Sedap juga BEST di Bangi

Assalamualaikum semua. Kat Bangi ni memang banyak kedai makan, bukan kedai fesyen jer yang banyak taw. Tapi nak merasa tiap satu kedai tu idak ler... Hehehe... Buat pertama kali, saya makan di restoran Cina Muslim yang saya rasa BERBALOI dari segi harga dan kelazatan makanannya iaitu di Restoran Mohd Chan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Saya tak pandai makan makanan cina ni. So, saya order je nasi goreng seafood and Faizal plak order nasi daging masak lada hitam (favret dia memang daging pun..) Faeezah? Saya orderkan dia pau kaya je. Sebab dia bukan nak makan sangat nasi pun. Lepas tu Faizal add on lagi sup sirip ikan yu. Haaa rupa bentuk lebh kurang macam ni lar.. Maaflah saya takde amik gambar yang real..terlupa plak. Next time kalau saya makan lagi kat situ saya amik gambar eh. Oh ye...makan-makan kali ni saya yang belanja as a reward to him memandangkan bonus Shaklee dah masuk masa tu. Ka-ching ka-ching$$$. Gambar-gambar ni saya pinjam dari official website dia--> sini.


Nasi goreng seafood

Nasi daging masak lada hitam

Sup sirip ikan yu

Nak tahu total berapa semua? RM50.40. Mahal ke? Standard la tu chinese muslim punya restoran. Mana-mana pun saya rasa harga lebih kurang je. Tapi saya memang PUAS HATI sebab portion dia besar. Nasi goreng seafood saya ada udang sederhana besar 5 ekor, sotong calamari tu dalam 4,5 slice jugak, ada fish cake yang dipotong nipis panjang dalam 4,5 jugak. Nasi? Mangkuk besar kot dorang pakai. Jenuh juga saya abeskan. Yang lagi best, Faeezah yang tak berapa nak makan nasi ni makan plak nasi goreng seafood saya tu. Saya suapkan dia dengan fish cake skali. Banyak juga la dia makan masa tu. Even sup sirip ikan yu tu pun dia makan jugak. Taste chinese kot Faeezah ni... Tapi makan pedas sikit pun dia telan aje... Hahaha... Sup sirip ikan yu tu serving size small, untuk 3 orang katanya. Tapi saya rase macam 4-5 orang jugak boleh makan tu. Pau dia pun sedap jugak. Lembut aje. Faeezah suka gak makan pau dia tu. 

Rating:

  • Servis: Bagus dan pantas. Masa saya pegi tu petang, dan agak ramai customer. 
  • Staff: Layanan mesra pelanggan dan selalu senyum. Suka melayan anak-anak kecil jugak. 
  • Kebersihan: Restoran dorang memang bersih, dari lantai sehingga ke meja.
  • Menu: Sedap, lazat dan portion yang agak BESAR juga la..
  • Harga: Berpatutan. Setanding dengan restoran cina muslim yang lain.
Kesimpulannya, 

Saya bagi 5 bintang (ala-ala Nora Danish masa MLM2014) Hehehe..

Lokasi Restoran:

No 30, Jalan Medan Pusat 2c,
Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor. 

*sederet dengan SincerelybyUs jugak..belakang butik minaz! Haha


5 comments:

  1. Huhu. Kene cuba ni. Mahal? Takpe laa..bukan pun kan. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ana..ya ya tak mahal sangat pun lar.. Sekali sekala okay la...

    Neni jiha boley2..nanti klo neni turun bangi leh g makan same2.. hehehe

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^