Friday 9 January 2015

Selamat Hari Lahir Ke-Dua Tahun, Nur Faeezah Damia

050113-050115


Syukur alhamdulillah, genap sudah dua tahun umur puteri sulung saya. Tak sangka. Cepat betul masa berlalu. Cepatnya kamu membesar sayang. Mama masih ingat lagi di kala waktu ingin melahirkan kamu dulu. Jumaat malam sabtu, 040113 mama sedang menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 bersama ayah kamu. Kebetulan ayah baru pulang dari outstation Johor Bharu. Nasib baik. Saya pun baru saja bermula cuti. Saya ambil cuti lebih awal 2 minggu daripada due date saya. Malam tu dah mula berasa tak sedap perut. Kamu sangat aktif bergerak malam tu. Mama tak tahan dan akhirnya tertidur. Kerap juga mama terjaga. Lebih kurang pukul 3 pagi, mama bangun untuk ke tandas. Sejuk. Memang rasa nak terkucil aje. Mama terkejut sebab ada keluar lendiran jernih tapi tak banyak pun. Mama kejutkan ayah kamu dan beritahu dia. Katanya bukan air ketuban ni. Mama pun tidur balik. Selepas Subuh, kami ke hospital. Yang paling dekat dengan rumah adalah Hospital Serdang.

Memandangkan mama memang sudah dirujuk ke pakar O&G hospital ni maka mudah sikit perjalanan kami sebab mereka dah ada rekod saya. Owh, sebab kandungan saya songsang. Pada minggu ke-36 doktor di KK Bangi berikan surat rujukan. Asalnya nak buat rawatan ECV iaitu percubaan memusingkan kandungan kepada kedudukan normal iaitu kepala di bawah dan kaki ke atas. Tetapi setelah memikirkan faktor risiko yang bakal terjadi kepada bayi, saya redha dan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan ECV. Ada sesetengah kes berjaya pusingkan bayi tetapi ada juga kes yang bayi pusing kembali kepada kedudukan asal. Memandangkan kedudukan kaki Faeeah semasa itu yang sebelah terlipat dan sebelah melunjur, mama nekad dengan keputusan mama. Mama redha walaupun mama terpaksa melakukan pembedahan ceaser.

Sampai ke unit rawatan kecemasan Hospital Serdang, saya terus dimasukkan ke dalam dan dipasang beberapa alat. Nurse kata saya masih tiada kontraksi. Tapi bila doktor periksa bukaan dah 3 cm. Tapi betul saya memang tak terasa kontraksi yang kuat. Memandangkan jalan saya dah terbuka, doktor terus scan dan dapati kedudukan Faeezah masih tidak berubah, masih lagi dengan kedudukan asal. Mama redha lagi. Doktor cadangkan saya terus masuk ke dewan bedah kerana jalan sudah terbuka, takut kaki yang keluar dulu nanti. Terus nurse semua tukar pakaian saya kepada uniform nipis tu dan pasangkan urine tube. Mak aihhh.. dah la hospital tu sejuk gila, bagi baju nipis macam tu plak. Memang saya tak tahan la kan... Faizal masa tu pun terkejut juga dengan keputusan doktor tapi tidak la melawan. Sebabnya beg baby tak bawa sekali. Faizal tak nak bawa sekali tadi masa datang sedangkan saya dah cakap bawa saja, bersedia dari awal. So dia kena balik rumah kejap lagi amik barang baby.

Rasanya masa tu baru pukul 9 pagi kot, orang masih belum ramai. Dan saya sedang menunggu giliran untuk masuk ke dewan bedah. Faizal pula tunggu diluar. Saya memang tak sempat nak buat apa-apa kecuali berdoa saja semoga dipermudahkan urusan bersalin saya. Entah berapa lama saya menunggu berseorangan di bilik berasingan, nurse tolak katil saya masuk ke dewan bedah. Masuk je bilik bedah, mak aihhh..gila sejuk!!! Memang saya punya gigil tak ingat lar... Pakar bius cakap-cakap dengan saya dan suruh sain dokumen. Sain saja la, takkan taknak sain plak kan.. Dia pun suntikkan ubat bius melalui tulang belakang saya dan saya memang dah tak rasa bahagian bawah tubuh saya. Dalam bilik bedah tu, dorang siap pasang lagu lagi dalam tu. Kebanyakan staff adalah melayu dan doktor pakar yang bedah saya pun perempuan. Lega sikit saya. Memang dapat bau kulit terbakar masa doktor belah perut saya tu. Masih boleh nampak bayang walaupun mereka tutup dengan selimut. Saya masih boleh terasa mereka menyelak kulit saya satu persatu dan akhirnya masa keluarkan baby pun saya boleh rasa. Ya, masa tu memang tak sakit pun. Saya tengok saja sekeliling saya masa tu.

Bila doktor dah keluarkan baby, nurse tepuk dulu baru dengar dia nangis. Syukur alhamdulillah. Tepat jam 12.13 tengah hari 5 Januari 2013 saya bergelar seorang ibu. Memang gembira tak terkata. Pertama kali jadi seorang ibu pada usia 25 tahun. Mengalami pengalaman ini pada usia begini. Memang tak pernah saya sangka. Kemudian nurse letakkan baby pada saya dan suruh saya pegang dulu. Merahnya anak mama masa tu. Lepas tu baru nurse bagi dekat ayah untuk diazan dan diiqamatkan. Katil saya ditolak keluar dari dewan bedah. Semasa proses pembedahan tadi kedengaran juga keluhan staff adi sebab mereka kata sekarang ramai sangat yang memilih untuk melakukan pembedahan ceaser berbanding melahirkan secara normal. Saya merupakan orang yang ke-empat pada hari itu saja. Baru tengah hari tu. Belum sampai malam. Mereka kata melainkan kecemasan sahaja tak mengapa. Ini dah jadi suka-suka pula nak operate sebab tak nak rasa sakit semasa bersalin. Kalau saya diberi peluang, memang saya nak melahirkan secara normal. Tapi apakan daya, Allah telah tentukan segalanya.

Saya ditolak masuk ke wad kelas ketiga memandangkan kelas pertama dan kedua masih penuh. Tapi Faizal dah booking untuk kelas kedua, means waiting list. Bila ada orang keluar dari wad kelas dua saya terus ditolak masuk sebab Faizal dah buat pembayaran booking sekali. Alhamdulillah memang lebih selesa. Hanya ada 4 katil dan ada tandas juga. Memandangkan saya bersalin secara mengejut, mama saya baru bertolak dari Ipoh tengah hari tu bersama abang saya sedangkan perancangan mama nak datang seminggu lagi. Hehehe... Waktu siang boleh la suami temankan kejap sampai pukul 7 malam saja. Waktu melawat bermula petang tak silap, tak ingat pukul berapa. Bila dah pukul 6, kesan ubat bius mula menghilang. Saya mula merasakan sakit yang amat pada luka pembedahan saya. Nurse datang dan berikan ubat penahan sakit serta ubat cair darah kepada saya. Muka saya mula berkerut dan berpeluh menahan sakit. Faizal yang sedar akan hal tu menyuruh saya berehat. Faeezah diletakkan bersama saya.

Bermula proses pembelajaran sebagai ibu buat pertama kali untuk saya. Malam tu memang menahan sakit aje dan tak sedar yang Faeezah dok nangis jugak sampaikan nurse kejutkan saya. Sejuk gila kot wad tu. Saya memang jenis tak tahan sejuk apatah lagi Faeezah yang baru lahir. Nurse tolong jagakan dia sebentar kat luar wad dan kejutkan saya bila Faeezah nak susu. Layanan nurse semua memang baik. Siap ajarkan cara nak susukan Faeezah lagi. Lagipun saya operate kan so nak menyusu secara duduk tu memang belum lagi la. Nak bangun duduk tegak pun saya tak berani lagi. Tapi nurse paksa juga saya duduk dan berjalan sikit esoknya. Katanya bagi aliran darah kembali lancar. Even pad pun dorang yang gantikan masa saya belum boleh berjalan. Sakit operation Allahu Rabbi, Tuhan saja kot yang tahu betapa saya menahan sakitnya macam mana. 

Cukup 3 hari saya berada di wad, keadaan Faeezah pun dah berak membuang semua doktor bagi balik rumah. Yeayyyy at last...boleh balik da. Tapi balik rumah sendiri dulu, seminggu lagi baru balik Ipoh untuk berpantang di sana. Lagipun kemudahan semua dah ada kat sana, mama dah siapkan semua. Lagipun ni bukan cucu pertama mama pun. Hehe... Barut dan bedung pun mama dah siap jahitkan. Heee...



Bila teringat balik semua ni, rasa macam seronok sangat bila ada baby kan? Rindu bau wangi baby...bau syurga. Hmmm... Sekarang dah besar panjang dah anak mama ni. Paling lasak, paling manja, paling mengada-ngada.. tak tahulah kalau jadi kakak nanti macam mane. Hehehe...

P/s: Sori entri berjela plak kali ni.. biasalah kalau dah teringat tu memang panjang aje nak tulisnya.. heeee


2 comments:

  1. kalau bersalin secara pembedaahn memang skit nya selepas bayi keluar.tapi kalau secara normal sakit nya cuma sebelum bayi lahir..Saya tak pernah bersalin secara pembedahan.rasa takut jugak kalau alami macam tu..tapi kalau itu saja jalan nya kena la redha..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak dipermudahkan bersalin. Saya redha bersalin secara pembedahan asalkan semuanya selamat. Sakit tu memang kita yang menanggung lama. Pantang larang pun kena jaga juga.. kalau emergency nak buat macam mane kan, redha saje la.. ^^

      Delete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^