Thursday 2 April 2015

Surat Berhenti Kerja

Assalamualaikum semua. Rentetan daripada kes kerja tanpa henti sebelum ni, saya sudah nekad untuk hantar surat resign. Ya, saya resign! berhenti kerja! Kenapa? Bukan sebab tekanan kerja yang membuak-buak sekarang, tapi antara faktornya juga saya kerap bergaduh dengan bos sendiri. Bukan la bergaduh bercakaran gitu..cumanya saya lebih outspoken pendapat dan pendirian saya.

Tawaran kerja baru
Sebab utama saya berhenti kerja adalah saya dapat offer kerja lain. Yang lebih menggembirakan saya, saya dapat jawatan Pegawai Sains di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebelum ni saya cuma calon simpanan saja, baru ni dapat panggilan. Inilah berita yang amat menggembirakan mama saya. Syukur alhamdulillah!! Dapat juga saya tunaikan harapan terakhir mama saya. Bukan senang jadi anak harapan, tambah-tambah lagi saya yang bongsu. Memang saya je la harapan terakhir mama nak tengok ada anak dia yang dapat kerja kerajaan. Memang la orang kata makan gaji and so on, tapi sekurang-kurangnya saya dah gembirakan mama saya. Soal gaji dan rezeki itu kita serah kepada Tuhan. Kerja kita sebagai hambaNya hanya berusaha dan berdoa.

Jadi, saya dah hantar notis sebulan kepada bos saya bulan lepas selepas saya terima surat daripada SPA. Surat tu bertarikh 17 Februari, saya dapat 10 Mac. Hahaha lama tak lama proses dia. Sekarang ni saya cuma tunggu surat penempatan daripada KKM pula. Hari tu KKM sendiri yang call bertanyakan personal detail dan mereka kata surat penempatan akan dapat dalam bulan April. Memandangkan saya perlu beri notis sebulan, dan untuk mengelakkan sebarang percakaran lanjut dengan bos saya baik saya inform dia awal-awal. Kalau dapat surat posting lambat nak kena resign short notice lagi naya.

Minggu depan adalah minggu terakhir saya di Royce Pharma. Jadi saya bertungkus-lumus siapkan kerja-kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan segera. Harapnya rakan sekerja yang akan dapat handover dari saya boleh sambung kerja-kerja saya nanti. Heeee~


Psssttt...doakan saya dapat tempat posting yang berdekatan ye. Kalau dapat jauh pun saya pergi juga cuma lagi mudah kalau tak berpisah dengan suami dan anak, lagi-lagi dalam keadaan tengah mengandung ni..

11 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah dila..

    ReplyDelete
  2. tahniah..rezeki anak2...:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kakak-kakak semua ^^ syukur alhamdulillah~

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... dan tahniah....!! :)
    selamat menyertai barisan kakitangan awam... hehehehehe..

    ya, betul.. rezeki tu Allah s.w.t. yang tentukan..yang penting kita berusaha... In Sya Allah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis ^^ in shaa Allah ini yang terbaik~ :)

      Delete
  5. Tahniah Dila...rezeki baby ni ye dapat kerja baru...Semoga lebih cemerlang di tempat kerja baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu neni^^ in shaa Allah akan berusaha menjadi seorang yang cemerlang dunia akhirat hendaknya.. :)

      Delete
  6. Pegawai sains tu memang mencabar minda, kalai jadi pengurus sains, pengarah sains, huhuhuhu....

    Apapun tahniah kepada yang berjaya

    ReplyDelete
  7. Tahniah dila... bestnye dapat rehat2 sekejap kn. Tenangkan fikiran sebelum mulakan kerj baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih kak lin.. masalahnya tak dapat nak rehat pun.. huhuhu

      Delete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^