Thursday, 15 January 2015

Kunjungan Kali Kedua Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum semua... Memandangkan hari ni saya cuti public negeri sembilan jadi saya ambil peluang ni untuk ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Buat apa saya ke sini? Dulu masa mengandungkan Faeezah dan check up Faeezah pun memang kat sini je. So, kali ni adik Faeezah pun sama la sebab ikut alamat rumah kan... Ya, kunjungan saya kali ni adalah sebab nak buat buku pink tu la..

UPT test positif


Syukur alhamdulillah saya disahkan hamil masa Faeezah genap dua tahun. Sebelum ni saya pernah buat entri yang saya ambil GLA Complex untuk membetulkan kitaran haid saya tapi saya tak sangka pula saya akan terus mengandung. Rezeki Allah nak bagi di tahun baru. Syukur. Tahun baru, rumah baru, anak pun bertambah juga. Memandangkan sebelum ni kitaran haid saya memang tunggang-terbalik jadi saya takde la check upt cepat-cepat. Tapi bila didatangi juga simptom-simptom yang lain saya mula musykil. Masa tu saya masih lagi consume Alfalfa Complex dan GLA Complex seperti biasa. Malah, saya masih menyusukan Faeezah dan mengepam susu seperti biasa.

Buku pink yang dikeluarkan oleh pihak KKM

Antara simptom mengandung yang saya alami semasa masih menyusukan anak saya


1. Susu badan merudum - ini saya dapati memang agak ketara juga. Tapi saya anggap normal sebab bila saya nak datang period memang akan merudum sedikit.

2. Payudara sakit - simptom ni pun agak ketara lebih-lebih lagi masa mengepam dan masa susukan Faeezah. Kawasan sekitar nipple tu rasa macam sakit sangat. Kadang tu rasa nak menangis je bila susukan Faeezah. Ketahanan mental tu memang kena kuat la...

3. Rasa Loya - memang tekak saya rasa loya, payau semacam..tapi takde la muntah pun. Kali ni saya takde muntah-muntah cuma angin dalam badan tu memang banyak. Selalu rasa sebu je. Angin pun kerap naik ke kepala. Sebelum saya tahu saya mengandung saya makan asam untuk kurangkan rasa loya tekak tu. Sekali Faizal kata dia dah boleh agak dah. Dia kata dia ada instinct, konon. Hehehe...

4. Faeezah buat perangai - haaa yang ni pun obvious juga. Faeezah jarang nak mengada-ngada sangat. Tapi start bulan lepas dia punya mengada semacam jer...manja terlebih. Rupanya nak dapat adik dah. Hahaha...

Doktor pun dah check semua tadi kandungan pun ok je. Hb pun normal. Saya memang amalkan makan vitamin B-Complex dan Ostematrix sejak menyusukan Faeezah lagi. Jadi saya cuma kerapkan ambil Vitalea pula hari-hari. Sebelum ni saya jarang-jarang ambil, tengok kepada pemakanan saya hari tu. Kalau rasa macam kurang makan berkhasiat baru saya ambil Vitalea. Heeee....

Masa nak buat buku tu, nurse tanya la ada bawa tak buku yang sebelum ni. Alamak saya tak tahu plak kena bawa buku pink yang lama dulu. Rupanya dorang just nak tengok history pregnancy dulu. Tapi nasib baik saya memang ingat semua lagi. Yang best ada nurse tu tegur saya juga la sebab tak ambil perancang keluarga. Hehehe itu kan hak individu masing-masing. Cuma mungkin lepas ni saya akan ambil perancang kot. Tapi so far nurse semua ok jer kat sana. Pergi awal pagi cepat sikit prosesnya.

Semoga kehamilan kali ni dipermudahkan oleh Allah. Harapan saya kali ini dapat bersalin secara normal pula. Niat untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya sehingga dua tahun pun saya dah nekad. Dan saya akan lebih bersedia berbanding masa Faeezah. Oh ya, sekarang pun masih susukan Faeezah bila dia nak saya bagi saja. Doktor kata dia akan berhenti sendiri nanti. Bila dah masuk trimester kedua rasa susu akan berubah, kata doktor. Faeezah pun cuma nak susu untuk tidur aje, so senang sikit. Heeee....

P/s: Maaflah lama tak update blog hari-hari atas sebab kesihatan dan sibuk berpindah lagi.

Related Posts:

  • Kitaran Haid Kembali TERATUR Setelah Tunggang-Langgang Selepas Bersalin Assalamualaikum semua... saya yakin bukan saya sorang je yang alami masalah period TAK teratur selepas bersalin. Betul tak? Isu ni amat subjektif. Setiap orang tak sama sebab setiap diri kita ni adalah UNIK. Ada orang yang … Read More
  • Testimonial Set Kesuburan Shaklee Assalamualaikum semua... Tak disangka dalam kita semua rakyat Malaysia berduka dengan tragedi MH17 yang ditembak dan terhempas di timur Ukraine, Allah tetap mengirimkan khabar gembira kepada hambaNya yang lain. Alhamdulil… Read More
  • Kunjungan Kali Kedua Setelah Sekian Lama Assalamualaikum semua... Memandangkan hari ni saya cuti public negeri sembilan jadi saya ambil peluang ni untuk ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Buat apa saya ke sini? Dulu masa mengandungkan Faeezah dan check up Faeez… Read More
  • Rentetan: Shaklee Punca Rahim Bengkak? Assalamualaikum semua. Nasib baik mata iolss tak jadi macam panda. Akhirnya sarapan dengan esp campur milo dan ambil vitamin B Complex untuk kurangkan sakit kepala. Alhamdulillah semakin lega. Ramai yang dah tahu isu pasal m… Read More
  • Suami Isteri: 8 Tips untuk Hamil :)Assalamualaikum semua...semoga di hari Jumaat yg penuh barakah ini kte dpt dipertemukn jawapan misteri kehilangan MH370. Mudah-mudahan Allah memakbulkn doa2 kite hari ini. Amin... Ok hari ni sy nk share skit tips utk sape2 y… Read More

3 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih awak... Hehe yer, saya duk kat bangi..kat seksyen 7.. keje je kat Nilai..
      mizztina pun dok bangi ke?

      Delete
  2. tahniah sis...nak dpt adik da faeezah

    ReplyDelete

Silalah tinggalkan jejak anda di sini (^_~)

Arigatou gozaimas, minna-san ^_^